DARI SUDUT LAIN

Transformasi Nasional (TN50) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak secara asasnya adalah satu perkara yang patut dipuji. Walau apapun namanya, Malaysia memang memerlukan sebuah transformasi dari semua segi. Ini termasuklah dalam adat dan budaya berpolitik rakyat Malaysia sendiri.

Negara masih lagi terkongkong dengan budaya politik kepartian yang melampau. Politik kepartian yang dimaksudkan adalah menyokong semua agenda parti yang disokong dan membangkang semua agenda parti lawan tanpa menilai baik buruk agenda-agenda tersebut. Jika menjadi pembangkang, maka kerjanya hanya mencari 1001 jalan untuk membangkang sahaja setiap dasar kerajaan. Jika dipihak kerajaan pula, maka usahanya adalah menyokong apa sahaja dasar kerajaan.

Sebagai contoh, dalam isu pembinaan landasan keretapi East Coast Rail Way (ECRL). Sebagai contoh, ADUN Damansara Utama yang juga anggota parti DAP Yeo Bee Yin pada awalnya mempersoalkan kewajaran pembinaan ECRL. Beliau membangkang sekerasnya pembinaan tersebut yang dianggap pembaziran kepada negara. Tetapi apabila diumumkan tentang fasa pertama ECRL yang hanya melibatkan laluan sebelah pantai timur sahaja, beliau mempertikaikan pula kenapa tidak melibatkan Selangor?

https://seademon.me/2017/05/14/dunce-accumulating-party-part-2/

DAP yang menjadi parti pembangkang di negara ini menganggap tugas utama dan satu-satunya bagi mereka adalah membangkang setiap usaha kerajaan. Sikap itu sehingga menyebabkan mereka tidak konsisten terhadap pendirian tentang ECRL. Rakyat jadi keliru, adakah mereka setuju atau tidak kepada ECRL?

Perkara sebeginilah yang menyebabkan rakyat awam bosan dengan politik. Mereka melihat politik tidak boleh dibawa ke mana. Tidak membawa negara lebih maju ke hadapan.

Pada tahun 2015, kajian yang dibuat oleh Ilham Centre menunjukkan bahawa tahap kepedulian politik di kalangan golongan muda merosot dengan begitu kritikal. Ini kerana sikap ahli politik dan situasi politik negara sendiri yang memualkan. Samada pemerintah mahupun pembangkang.

https://ilhamcentre.com/golongan-muda-kecewa-dengan-politik-kerajaan-pembangkang-kata-penganalisis/

Golongan muda adalah masa depan negara. Kebanyakan intelek negara datangnya dari golongan ini. Sikap kebosanan mereka terhadap politik adalah satu musibah buat negara. Apabila lompang ini ditinggalkan oleh intelektual, maka yang mengisikannya adalah di kalangan mereka yang tidak selayaknya.

Oleh kerana itulah transformasi politik amat diperlukan oleh negara. Namun ia tidak cukup dengan pelan TN50 sahaja kerana ia lebih melibatkan jentera kerajaan. Transformasi politik mesti diusahakan oleh semua pihak samada kerajaan atau bukan kerajaan termasuk parti pembangkang.

PAS mengambil langkah yang pro-aktif dengan memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) mendahului wawasan TN50. Mungkin kerana mereka terlebih dahulu menyedari akan hakikat ini. Apapun yang terkandung dalam agenda BPMS, ia adalah perkara yang patut dipuji.

 



Source link

Editor

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com