January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Nampaknya krisis melibatkan pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing masih belum selesai walaupun pindaan terhadap beberapa akta telah diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Malah, krisis itu dilihat semakin meruncing apabila Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail menegaskan beliau akan terus ‘mengugut’ Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya gagal mengambil tindakan sewajarnya dalam membantu nasib pemandu teksi.

Bagaimanapun, pengguna media sosial terus bersifat kritis terhadap perkhidmatan teksi yang dilihat masih ditakuk lama jika dibandingkan dengan perkhidmatan e-hailing yang jauh lebih baik.

“Kami sebagai rakyat mahukan perkhidmatan teksi yang tidak menipu jumlah tambang, bersopan santun, mengikuti undang-undang, selain keadaan teksi yang sentiasa bersih dan tidak uzur,” kata pengguna Facebook, Azamuddin Adnan.

Vijay Kumar Vijay pula menyifatkan pelbagai perkhidmatan teksi di negara ini sentiasa bermasalah.

“Teksi terlalu mahal, baru jalan depan sikit, meter dah naik mendadak. Seram saya tengok meter tu.

“Bila kita panggil Grabcar atau Uber, harganya tetap dan tiada rundingan dengan pemandu selain pengguna dapat melihat butiran peribadi pemandu. Ia lebih selamat dan meyakinkan,” katanya.

“Pemandu teksi pun jangan memilih sangat lokasi yang diminta penumpang. Alasan sesak, tak guna meter, suka hati caj; ini semua antara masalah mereka. Siapa yang nak sokong pemandu teksi kalau perangai begini,” ujar Izwan Shaari.

Malah, ramai menyifatkan kenderaan yang digunakan pengendali e-hailing lebih selesa.

“Best juga naik Grabcar sebenarnya. Rasa macam ada pemandu sendiri tidak rasa seperti menaiki teksi,” kata pengguna twitter, Eyrfaaa.

“Orang sekarang lebih selesa dengan Grabcar & Uber kerana tambang telah diketahui lebih awal. Ugut pun tak guna kerana melanggan atau tidak adalah hak pengguna,” kata Madblog.





Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: