January 24, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SHAH ALAM: Thomas Pieters mengesahkan kemenangan pasukan Eropah dalam kejohanan golf antara benua, EurAsia Cup sekaligus mempertahankan kejuaraan dengan keputusan 14-10 ke atas pasukan Asia.

Pasukan Asia beraksi dengan baik pada hari pertama dan kedua kejohanan, turun pada hari ketiga dengan mendahului 6.5-5.5.

Namun dalam acara perseorangan hari ini, pasukan Eropah mendominasi permainan bermula dengan Alex Noren.

Noren mengatasi pemain negara, Nicholas Fung 4&2.

Poom Saksansin memberi sedikit harapan kepada pasukan Asia selepas menewaskan Paul Casey namun pasukan Eropah mencatat lima kemenangan berturut-turut sebelum Pieters mengalahkan Byeong-hun An.

Pemain negara, Gavin Green turut mengalami kekalahan walaupun beraksi cemerlang dalam saingan fourballs dan foursome.

Green tumpas 3&4 kepada Rafa Cabrera Bello.

Trofi EurAsia disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kapten pasukan Eropah, Thomas Bjorn.

EurAsia Cup merupakan kejohanan golf yang menyaksikan pertarungan antara pasukan Eropah dan Asia.

Memasuki edisi ketiga selepas kali pertama diadakan pada 2014, ia merupakan versi kejohanan yang menyerupai Piala Ryder antara Amerika dan Eropah.

24 mata menjadi rebutan dan pasukan pertama yang berjaya mengumpul 12.5 mata terus bergelar juara keseluruhan.

Eropah turun selaku juara bertahan selepas memenangi edisi 2016 sementara edisi pertama pada 2014 menyaksikan kejuaraan dikongsi Eropah dan Asia selepas keputusan berakhir dengan seri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: