January 17, 2018
You can use WP menu builder to build menus


INDIVIDU yang menggunakan nama Dura Hatta di laman sosial Facebook (FB), telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyampai radio dan pengacara Zulin Aziz.

Zulin sebelum itu, memuat naik entri di FB dan Instagram (IG) meminta Dura Hatta tersebut meminta maaf sebelum dia mengenakan tindakan mahkamah terhadap pengguna laman sosial tersebut.

Tidak lama selepas itu, Dura membuat permohonan maaf menerusi posting di FBnya dan telah dikongsi semula oleh Zulin di FB dan IG.

BACA: Zulin Aziz kesal digelar ‘perempuan Melayu jahat’ 

Menerusi permohonan maaf tersebut, Dura Hatta mengaku terlanjur memanggil Zulin dengan gelaran kurang menyenangkan kerana terkesan dengan kenyataan penyampai radio itu dalam artikel bertajuk Zulin tak kisah bermadu.

Dia juga mengaku kata-katanya itu telah memberi implikasi tidak baik kepada pihaknya dan Zulin.

Permohonan maaf Dura Hatta disambut baik oleh Zulin dan tindakan tersebut dipuji pengikutnya di FB dan IG.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada Zulin kerana tidak menyimpan dendam terhadap Dura Hatta dan berharap individu itu ikhlas membuat permohonan maaf.

Dalam pada itu, Zulin meminta agar pengikutnya di FB dan IG menghentikan tohmahan terhadap Dura Hatta kerana semuanya sudah berakhir.

Di IG, pada ruangan kapsyen Zulin menulis;

“Terima kasih ya Allah.

“Dengan rendah hati saya memaafkan segala apa yg dia kata pada saya.sedangkan nabi maafkan umat apatahlagi saya manusia biasa.. Semoga dapat jadi pengajaran pada yang lain.

“Saya juga mohon hentikan segala tohmahan keatasnya oleh kerana dia sudah pun meminta maaf dan sedar akan perbuatannya.

“Saya juga berterima kasih pada yang mendoakan saya.

“Ikhlas dari hati saya, saya tidak mahu memusuhi sesiapa apatah lagi memanjangkan perkara negatif dalam hidup saya.

“Saya juga memohon maaf sekiranya statement saya menyinggung mana-mana pihak.
Allahuakhbar! Alhamdulillah..Walaupun typo tak apalah saya maafkan. (Saya betulkan, saya penyampai radio @suriamalaysia, nama saya Zulin Aziz).”

 





Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: