January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SHAH ALAM: Seorang anggota polis trafik cedera dirempuh sekumpulan samseng jalanan dalam Ops Rempit di Persiaran Shah Alam, awal pagi tadi.

Akibat rempuhan itu, anggota polis trafik terbabit mengalami kecederaan di tangan.

Dalam operasi selama empat jam yang berakhir kira kira jam 4 pagi tadi di KM11.6  susur masuk Shah Alam menghala Kuala Lumpur itu  turut menahan pelajar Institiut Pengajian Tinggi (IPT) yang cedera ketika membuat pusingan U.

Lensa kamera yang menyertai ops berkenaan sempat merakamkan sikap agresif anak muda menunggang motosikal.

Sementara itu, 40 penunggang motosikal ditahan kerana tidak memiliki lesen, cukai jalan tamat tempoh dan terbabit dengan kes curi motosikal.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: