February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PETALING JAYA: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing di sini.

Setakat jam 12.20 tengahari, punca dan impak masih belum dikenal pasti.

Astro AWANI akan mendapatkan perkembangan terkini dari lokasi kejadian.

Buat masa ini, pengguna jalan raya sedang berkongsi foto serta video kejadian di media sosial.

Laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat setakat ini, 40 peratus banguinan terjejas dalam kebakaran bangunan KWSP setinggi enam tingkat tersebut.

Setakat ini, tidak dapat dikenal pasti sama ada terdapat kemalangan jiwa dilaporkan.

Sejumlah 39 anggota penyelamat dari  beberapa buah Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Petaling Jaya, Hang Tuah dan Pelabuhan Klang telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 11.58 pagi sejurus selepas pihak bomba mendapat panggilan tentang insiden tersebut lima minit sebelum itu.

KWSP

Buat masa ini, Astro AWANI masih menunggu pengesahan dari kumpulan komunkasi korporat KWSP. Setakat ini, warga kerja KWSP yang berada di bangunan tersebut dilaporkan selamat. Namun, Astro AWANI masih menunggu pengesahan dari pihak berkuasa berhubung perkara ini.
 
Kru Astro AWANI yang berada di sana akan membawa perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Buat masa ini, pengguna jalan raya sedang berkongsi foto serta video kejadian di media sosial.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: