February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PASUKAN bola sepak kebangsaan mungkin mengadakan perlawanan persahabatan kelas A, menentang pasukan ranking ke-35 dunia, Ukraine.

Peluang itu wujud menerusi perbincangan mengenai jalinan kerjasama melalui bola sepak, antara Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Duta Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo.

Menurut catatan terbaharu dalam laman Facebook Johor Southern Tigers, perlawanan persahabatan menentang Ukraine di bawah kendalian bekas bintang Chelsea dan AC Milan, Andriy Shevchenko mampu melonjakkan ranking skuad Harimau Malaya yang kini merudum ke tangga ke-175 dunia.

Kedudukan itu sekali gus menyaksikan Malaysia, yang kini di bawah kendalian Tan Cheng Hoe, berkongsi tempat ke-175 dunia dengan dua negara di Kepulauan Caribbean iaitu St Vincent and the Grenadines dan St Lucia.

“Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail menerima mengadap Olexander Nechytaylo, Duta Ukraine pada 12 Feb 2018. Pertemuan ini bagi membincangkan jalinan kerjasama hubungan antara Ukraine dan Malaysia melalui bola sepak.

“Turut dibincangkan adalah mengadakan perlawanan persahabatan kelas A antara pasukan kebangsaan Malaysia dan pasukan kebangsaan Ukraine di bawah bimbingan legenda bola sepak Ukraine, Andriy Shevchenkoz.

“Ia sebagai pendedahan kepada pasukan kebangsaan dan juga dapat membantu menaikkan kedudukan pasukan kebangsaan dalam ranking FIFA,” menurut catatan itu.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: