February 17, 2018
You can use WP menu builder to build menus



AMMAN: Sebagai satu langkah inisiatif kemanusiaan, kerajaan Jordan telah menyediakan permit kerja kepada pelarian Syria di negara itu untuk mereka memulakan hidup baharu.

Seorang pekerja yang juga pelarian Syria, Sawson, memberitahu, sekadar bantuan percuma bukanlah sesuatu yang diinginkannya lagi.

“Seseorang perlu mempunyai keinginan untuk menyara keluarga dan anak-anak,” kata beliau yang telah menetap di Jordan selama enam tahun.

Tambahnya, walaupun penat bekerja tetapi beliau seronok dengan persekitaran di tempat kerjanya.

Seorang lagi pelarian Syria, Maynoah berkata, “Sebagai wanita, saya berhak memohon pekerjaan dan bekerja.”

Bagi Mariam pula, peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan Jordan mampu membuktikan kebolehan seseorang wanita.

Usaha ini turut mendapat perhatian pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Saya memuji usaha yang dilakukan oleh kerajaan Jordan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada pelarian Syria,” kata Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Filipo Grandi ketika lawatan rasmi ke Kilang Kain Jerash Germant.

Kerajaan Jordan telah membenarkan permit kerja kepada 88,000 pelarian Syria sejak tahun lalu bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Usaha ini mampu membantu pelarian untuk keluar daripada kem pelarian Zaatari dan menyara keluarga mereka sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: