February 17, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SEORANG wanita bertindak masuk ke dalam mesin pengimbas X-ray di sebuah stesen kereta api kerana bimbang beg tangannya dicuri.

Insiden pelik itu berlaku pada Ahad lalu di sebuah stesen kereta api di Dongguan, wilayah Guangdong di selatan China.

Wanita itu pada mulanya dilihat meletakkan beg pakaian melalui pengimbas X-ray sebelum berjalan ke pos pemeriksaan keselamatan sambil memegang beg tangannya.

Namun pegawai keselamatan memberitahu bahawa beg kecil itu juga perlu diperiksa dan wanita itu kemudian bertindak di luar jangkaan.

Pegawai keselamatan bertugas memantau skrin pengimbas X-ray berkenaan terkejut apabila melihat imej seorang wanita yang masih memakai kasut tumit tinggi dalam keadaan berlutut.

Menurut laporan metro.co.uk, pegawai keselamatan tidak menyatakan kandungan di dalam beg tangan wanita berkenaan dan percaya ia mungkin sejumlah wang yang diberi sebagai hadiah sempena Tahan Baharu Cina.

Wanita itu kemudian memeriksa beg tangannya dan beg lain kepunyaannya sebelum beredar dari tempat pemeriksaan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: