February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SEBERANG JAYA : Seorang bayi perempuan berusia 46 hari dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat didera dalam kejadian di rumah keluarganya di Kampung Tok Panjang, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, mangsa meninggal dunia ketika dibawa bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya pagi tadi.

Pemeriksaan awal pihak hospital mendapati terdapat kesan kecederaan ditubuh badan bayi malang berkenaan.

Nik Ros Azhan berkata, menurut bapa mangsa anaknya enggan meminum susu dan keadaanya semakin lemah.
Polis pergi ke rumah keluarga bayi malang itu di Kampung Tok Panjang, Bukit Mertajam Pulau Pinang malam ini.
Susulan itu bapanya membawa mangsa ke klinik pakar kanak-kanak di Sungai Rambai dan doktor memaklumkan denyutan jantung anaknya semakin lemah serta diarahkan merujuk ke hospital.

“Bagaimanapun dalam perjalanan ke hospital bayi berkenaan tidak bergerak dan ibu bapanya berpatah balik ke klinik berkenaan dan doktor mengesahkan bayi mereka telah meninggal dunia,” katanya.

Polis kini menahan bapa bayi berkenaan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.

Bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan esok bagi mengetahui punca sebenar kematian bayi berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: