February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



FLORIDA: Pihak berkuasa Florida mengarahkan agar bendera dikibar separuh tiang bagi memberi penghormatan kepada mangsa tembakan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas yang mengorbankan 17 nyawa.

Jurucakap Supretendan Robert Runcie berkata sekolah itu akan ditutup sepanjang minggu ini dan sesi kaunseling akan diberikan kepada pelajar dan keluarga mangsa.

Dua penasihat Amerika Syarikat di Florida berkata suspek Nikolas Cruz,19 tahun, memakai topeng gas sambil membawa senapang AR-15, peluru dan bom asap sebelum menarik penggera kebakaran membuatkan pelajar keluar dari kelas.

Cruz disifatkan sebagai ‘orang buangan’ berikutan sikapnya yang gemar menarik penggera keselamatan tanpa sebab dan kegilaannya terhadap senjata api.

BACA: 17 maut dalam kejadian tembakan rambang di Florida

Menurut portal berita News4JAX, Cruz juga telah dibuang sekolah berikutan masalah disiplin.

Ketika insiden itu berlaku para pelajar menggigil ketakutan dan sempat menghantar pesanan kepada keluarga mereka.

Beberapa keping gambar dan video yang tular ketika insiden tersebut turut menunjukkan para pelajar dalam keadaan cemas semasa tembakan dilepaskan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: