(Berita Harian) – Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat berhenti menyalahkan PAS, selain perlu mendalami selok-belok menjadi pemimpin pembangkang di negara ini.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata bekas Perdana Menteri itu wajar berbuat demikian selepas mengambil kira pengalamannya sebelum ini yang belum pernah menjadi pemimpin bagi mana-mana parti pembangkang.

“Dr Mahathir perlu berhenti tuduh PAS makan dedak UMNO atau Barisan Nasional (BN), sebaliknya perlu ingat sebelum ini beliau sendiri yang makan dedak selama 22 tahun ketika menerajui negara sebagai Perdana Menteri.

“Ini juga boleh dijadikan pengajaran untuk beliau apabila julung kalinya akan menentang BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang, ” katanya ketika merasmikan Jentera Pilihan Raya PAS Permatang Pauh di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Idris menegaskan, gabungan pembangkang merangkumi DAP, PKR, PPBM dan Parti Amanah Negara, yang baharu ditubuhkan itu tidak menjadi ancaman kepada PAS, mahu pun perjuangan parti berkenaan.

“Selama ini pun PAS berhadapan dengan BN dan gabungan pembangkang ini tak jauh beza dengan kami yang masih di blok pembangkang. Malah, komposisi kepemimpinan mereka bukanlah suatu faktor besar kepada parti.

“Ini kerana, Dr Mahathir sendiri adalah individu yang terpalit dengan pelbagai isu dan kontroversi membabitkan pemimpin pembangkang yang masih gagal dijawab, selain beliau tidak layak digelar pemimpin reformasi, ” katanya.

Dalam pada itu, Idris memaklumkan, PAS akan bertanding hampir 140 kerusi Parlimen pada PRU-14, sekali gus menjadikannya hampir tiga kali ganda lebih banyak berbanding 50 kerusi yang disasarkan pakatan pembangkang.

 



Source link

Editor

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com