September 25, 2017


DARI SUDUT LAIN

Kehadiran pengasas parti el-Nahda, Rashid Ghannoushi ke Malaysia bermula minggu lepas adalah satu perkara yang menarik untuk diambil perhatian. Beliau dalam rangka lawatan selama tujuh hari hadir atas jemputan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rashid Ghannoushi turut mengambil peluang kehadiran beliau ke Malaysia untuk mengunjungi Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang.

Kehadiran beliau tentu sekali memberi imej yang baik kepada kerajaan menjelang pilihanraya umum ke 14 yang bakal tiba bila-bila masa sahaja daripada sekarang. Beliau secara terbuka telah memuji kerajaan Malaysia sebagai negara Islam contoh buat semua negara Islam di dunia.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/malaysia-negara-islam-contoh-1.701522

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/2082-presiden-pas-dikunjungi-rached-ghannouchi

Parti el-Nahda pimpinan Rashid Ghannouchi menjadi peneraju kerajaan Tunisia pasca Arab Spring yang turut melanda negara tersebut sebelum ini. Pada peristiwa Arab Spring tahun 2011, Presiden sebelum ini Zine El Abidine Ben Ali telah dijatuhkan melalui revolusi rakyat. Oktober tahun yang sama diadakan pilihanraya secara demokrasi buat pertama kali dalam sejarah Tunisia. Keputusannya menyaksikan kejayaan elNahda memperoleh undi terbesar seterusnya melayakkan mereka menjadi teraju kerajaan Tunisia yang baharu.

http://www.aljazeera.com/news/africa/2011/10/2011102721287933474.html

Namun pada tahun hujung 2014, el-Nahda gagal memperoleh majoriti dalam pilihanraya atas beberapa isu yang berlaku. 2015 mereka telah menyertai kerajaan perpaduan atau unity government bersama parti sekular Nidaa Tounes. 2016 sekali lagi el-Nahda bersama tiga lagi parti membentuk kerajaan perpaduan.

http://www.reuters.com/article/us-tunisia-election-idUSKBN0IG0C120141027

http://www.middleeasteye.net/news/tunisia-parliament-approves-new-unity-government-287010324

Model kerajaan perpaduan yang dibangunkan oleh Tunisia berjaya menyekat gejala penyelewengan dalam urusadbir negara sejak zaman pemerintahan autokratik Zein El Abidin Ben Ali. Ia juga mampu mengekang gejala eksremisme yang melanda negara tersebut sejak parti Ennahda mengambil alih tampuk pemerintahan sejak 2011. Kini negara tersebut kembali stabil dan menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.

Atas pengalaman Tunisia, berkemungkinan besar lawatan Rashid Ghannouchi juga mempunyai kaitan dengan idea Unity Government yang digagaskan oleh Dato Seri Abdul Hadi pada zaman Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, sebagai solusi kepada konflik politik yang berlaku waktu itu. Malah hubungan antara PAS dan kerajaan tidak lagi tegang seperti dulu selepas diperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera juga boleh menjadi faktor kunjungan ini.

Penerangan tentang Kerajaan Perpaduan atau disebut dengan Kerajaan Tanpa Pembangkang boleh difahami melalui pautan dibawah:

https://www.youtube.com/watch?v=CbzAnLxp6us

Kunjungan Rashid Ghannouchi kali ini juga sangat signifikan apabila beliau menjadi tetamu kehormat Perdana Menteri Malaysia. Dalam waktu yang sama, beliau turut menjadi tetamu kehormat PAS. Sebelum ini, Lim Kit Siang bersama beberapa orang bekas pemimpin PAS telah berkunjung ke Tunisia dan bertemu dengan Rashid Ghannouchi sejurus kekalahan pemimpin-pemimpin PAS tersebut dalam pemilihan 2015.

Hasil pertemuan tersebut, Lim Kit Siang menyandarkan pandangan bahawa syariah Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kepada Rashid Ghannuchi dan parti Ennahda. Tetapi perkembangan terbaru hasil kunjungan Ghannouchi ke Malaysia kali ini menunjukkan bahawa beliau bersama dengan aspirasi kerajaan Malaysia yang kini dalam usaha meningkatkan taraf syariah Islam di negara, khususnya apa yang diusahakan oleh PAS sejak dahulu lagi.

http://www.zairil.com/lawatan-kerja-mp-dap-ke-tunisia-dan-turki/

https://blog.limkitsiang.com/2016/05/26/why-is-tunisias-ennahda-ditching-political-islam/

 



Source link

Editor

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com