April 24, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Anggota UNIC mengakui masih bersama dan tidak ada sesiapa yang keluar daripada kumpulan tersebut.

Mereka turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pergaduhan yang berlaku di antara Najdi dan Bazli merupakan gimik sempena Anugerah Nasyid 2017 (AN2017).

“Memang hanya salah faham, bagi saya dalam soal ini suami isteri juga bergaduh. Tetapi fokus saya hanya satu untuk memastikan kesemua kami bersama untuk tempoh yang lebih lama demi UNIC.

“Saya anggap ini proses pembelajaran untuk kami di UNIC dan ini sememangnya bukan gimik untuk AN2017 pastinya,” kata Bazli ketika ditemui pada majlis sidang akhbar AN2017.

Sementara itu Najdi, mengakui bertindak melulu sehingga mahu keluar daripada UNIC, namun selepas duduk berbincang dia akui ini adalah kesalahan daripada pihaknya.

“Mungkin tekanan bekerja. Sebenarnya selama beberapa minggu ini kami memang bekerja keras untuk persembahan kami di AN2017.

“Jadi sebagai seorang anggota UNIC saya sebenarnya mahu berterima kasih kepada peminat kami yang selama ini banyak menyokong saya.

“Kami akan meneruskan perjuangan ini bersama,” katanya.

Sementara itu, UNIC juga turut dianggotai oleh Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin (Fakhrul).

Sumber: Utusan Online
 
 
 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: