April 26, 2018
You can use WP menu builder to build menus



JOHOR BAHRU: Jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir di Johor meningkat kepada 1,395 daripada 376 keluarga di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, berbanding 1,245 orang pada malam tadi.

Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata 103 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di empat PPS di Segamat, 1,261 mangsa daripada 347 di lapan PPS di Mersing dan 31 mangsa daripada tujuh keluarga di sebuah pps di Kota Tinggi.

Kesemua mangsa di Segamat merupakan penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Tekam.

Di Mersing pula, mangsa adalah penduduk Kampung Tenglu Besar, Kampung Air Papan, Kampung Baru Jemari, Kampung Sungai Muka Dua, Kampung Orang Asli Labong, Kampung Air Merah manakala di Kota Tinggi (Kampung Perepat).

Sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Punan Kluang dilaporkan ditutup akibat terputus hubungan.

Selain itu, SK Ladang Mutiara dan SK Seri Sedohok dalam daerah sama (Kluang) turut terputus hubungan namun masih beroperasi.

Jalan Telok Arong di Mersing masih ditutup sepenuhnya akibat runtuhan cerun dan orang boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tanjung Resang-Jalan Mersing atau Endau-Jalan Air Papan.

Laluan ke Kampung Batu 7 di Jementah, Segamat turut terputus hubungan akibat dinaiki air dan pemantauan sedang dilakukan oleh agensi berkaitan dan pejabat daerah.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: