April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AKTOR terkenal Mark Wahlberg mendermakan AS$1.5 juta kepada dana undang-undang Time’s Up.

Tindakan itu dibuat selepas pendedahan Wahlberg dibayar AS$1.5 juta untuk proses penggambaran semula filem “All The Money in the World”.

Rakan pelakonnya, Michelle Williams pula hanya menerima AS$80 sehari untuk kerja-kerja tambahan itu.

Filem "All The Money in The World" terpaksa menjalani penggambaran semula selepas menyingkirkan Kevin Spacey

Beberapa adegan terpaksa dirakam semula selepas aktor Kevin Spacey disingkirkan daripada filem berkenaan, susulan dakwaan melakukan serangan seksual.

Dana undang-undang Time’s Up akan digunakan untuk membantu mereka yang pernah menjadi mangsa serangan seksual di tempat kerja.

Kempen Time’s Up merupakan gerakan menentang serangan seksual, diasaskan Januari lalu sebagai reaksi skandal berkenaan dalam industri perfileman Hollywood.

Isu serangan seksual jadi topik utama, selepas pendedahan penglibatan beberapa tokoh terkenal di Hollywood, antaranya penerbit dan pengarah tersohor, Harvey Weinstein, dan Spacey.

Pada Disember 2017, majalah Time menamakan mangsa serangan seksual atau “Silence Breakers” sebagai “Person of the Year”.

Majalah TIME angkat "Silence Breakers" sebagai "Person of The Year 2017" - time.com

Gerakan menentang serangan seksual dalam industri ini juga mendorong kewujudan #MeToo, yang menyaksikan wanita dan lelaki yang jadi mangsa serangan membuat pendedahan di media sosial berhubung pengalaman mereka.

Topik serangan seksual juga terus hangat, dengan ucapan pengacara terkenal Oprah Winfrey ketika menerima anugerah Cecile B. Demill di Anugerah Golden Globe, menyentuh secara langsung mengenai diskriminasi yang dihadapi wanita.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: