February 24, 2018
You can use WP menu builder to build menus



ADA persamaan ketara antara Presiden Filipina Rodrigo Duterte dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat Donald Trump. Kerap keluarkan kenyataan  kontroversi dan gemar menjadikan wanita bahan perlecehan.

Terbaharu pemimpin berusia 72 tahun itu dilaporkan mengarahkan tentera yang ditugaskan memerangi pemberontak agar menembak anggota pemberontak wanita di bahagian kemaluan.

Memetik laporan portal akhbar Metro UK, Duterte mengeluarkan kenyataan itu ketika berucap di hadapan bekas anggota komunis Rabu lalu.

“Beritahu askar. Ini arahan baharu daripada datuk bandar. Kami tidak akan bunuh kamu. Kami hanya akan tembak alat sulit kamu kerana tanpanya kamu tidak berguna,” kata Duterte disambut gelak tawa hadirin.

Dalam ucapannya Duterte turut mengkritik penglibatan wanita dalam kumpulan pemberontak Tentera Rakyat Baharu (NPA). Katanya kepada tentera jangan ambil peduli lelaki atau wanita, tembak sahaja mereka.

“Kita ada pil percuma. Kenapa kamu lahirkan sehingga enam ke tujuh orang anak sedangkan kamu anggota NPA? Kemudian kamu pergi berperang dan meninggalkan keluarga,” kecam Duterte.

Duterte sebelum ini beberapa kali mengeluarkan kenyataan menghina kaum hawa masuk membuat lawak berunsur lucah mengenai Miss Universe.

Paling kontroversi bekas Datuk Bandar Davao City itu juga pernah memberi kebenaran kepada tentera Filipina untuk memperkosa sehingga tiga orang wanita ketika di zon konflik tanpa dikenakan sebarang hukuman.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: