February 24, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SEORANG hakim wanita beragama Kristian di Tripoli, Libya, Jocelyn Matta, telah menghukum tiga orang pesalah beragama Islam supaya menghafaz ayat Al-Quran atas kesalahan mereka menghina Maryam, ibu Nabi Isa.

Berbeza dengan hukuman yang biasa dijatuhkan oleh seseorang hakim, seperti penjara atau denda, Jocelyn mengarahkan tiga orang itu menghafaz ayat-ayat suci dari Surah Ali ‘Imran.

“Saya tidak mendapati kaedah yang terbaik selain menuntut mereka untuk menghafaz ayat-ayat dari surah Ali ‘Imran agar mereka mempelajari tentang toleransi agama Islam dan kecintaannya terhadap Maryam.

“Undang-undang adalah sebuah madrasah dan bukan sekadar penjara,” kata hakim itu.

Tindakan beliau mendapat pujian ramai termasuk daripada Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri, yang memuat naik status di akaun Twitter miliknya.

“Satu penghormatan kepada ketua penyiasatan di Utara Lubnan, Jocelyn Matta.

“Hukuman yang dijatuhkannya terhadap tiga lelaki muda dalam kes (menghina) Maryam, dan arahan supaya mereka menghafaz Surah Ali ‘Imran, adalah lambang keadilan dan menggalakkan perhubungan harmoni antara orang Kristian dan Islam,” tulis beliau.

Jocelyn turut menerima pujian meluas dari seluruh lapisan masyarakat dan para pemimpin politik di Lebanon atas hukuman yang disifatkan “bersejarah” itu.

Firman Allah berkaitan kedudukan Maryam dinyatakan dalam Ali ‘Imran: 42 yang bermaksud: “Dan (ingatlah wahai Muhamad) ketika malaikat berkata: ‘Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu melebihi atas perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu)’.”

Ayat yang dinyatakan tersebut turut menjadi sebab utama Jocelyn menjatuhkan hukuman sedemikian.





Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: