February 24, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Insiden kebakaran bangunan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Petaling Jaya hari ini menarik perhatian pelbagai pihak kerana ia merupakan antara bangunan penting dan strategik di negara ini.

Kebakaran berkenaan turut menjadi perhatian kerana bangunan berusia 58 tahun itu menyimpan pelbagai data dan maklumat penting pencarum KWSP di Selangor.

Berikut adalah kronologi insiden kebakaran melibatkan bangunan penting dan strategik di seluruh negara  sejak 2013:

2017
– Tiada

2016
* 25 Okt : Unit  Rawatan Rapi (ICU) zon selatan yang terletak di tingkat dua Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru terbakar mengakibatkan enam pesakit di unit itu terkorban.

* 18 Jan : Bahagian luar bangunan tiga tingkat Perpustakaan Kuala Lumpur terbakar.

* 7 Jan : Sebuah bilik pendaftaran fail di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan, Kota Kinabalu musnah dalam kebakaran.

2015
* 29 Julai : Satu kebakaran berlaku di tingkat 10 Bangunan Menara Dua, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

* 26 Julai : Sebuah bilik data berkomputer di tingkat lima, Wisma TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Angkasapuri terbakar.

* 7 Julai : Sebuah blok akademik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Dungun yang menempatkan kira-kira 200 pelajar hangus terbakar.

* 27 Mei : Wad tingkat tujuh di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang terbakar.

* 28 April : Kabel elektrik sepanjang 100 meter yang terletak di tingkat bawah tanah bangunan dan tempat letak kenderaan Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya terbakar.

* 8 Mac : Gudang menyimpan bekalan pasca banjir milik Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa musnah terbakar.

* 15 Feb : Kebakaran di bangunan Kajian Klinikal yang dalam pembinaan di Hospital Umum Sarawak mengorbankan seorang pekerja binaan.

2014
– Tiada

2013
* 21 Mac : Bangunan Canselori Universiti Malaysia Terengganu terbakar mengakibatkan tiga anggota Bomba cedera.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: