February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUCHING: Dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang awam dipercayai bookie direman enam hari di Mahkamah Majistret 3 Kuching, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengatur pelawanan.

Majistret Portia Tham Ong Leng membenarkan reman selama enam hari kepada pemain dua pemain Sarawak itu manakala suspek dipercayai bookie itu sehingga 21 Februari ini.

Ketiga-tiga suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dua pemain yang masing-masing berusia 28 dan 29 tahun itu dipercayai terlibat mengatur perlawanan ketika saingan LIga Premier di Stadium Sarawak Sabtu lalu yang menyaksikan Sarawak tumpas kepada Felcra FC 2-3, meskipun mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

FAS sebelum ini memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman selepas menerima laporan beberapa pemain pasukan bola sepak negeri berkenaan terlibat dengan kegiatan mengatur perlawanan.

“Sekiranya benar, pemain disyaki akan digantung daripada pasukan. FAS juga ingin memohon maaf kepada semua pihak khasnya kesemua penyokong terhadap keputusan di luar jangkaan semalam biarpun kemenangan sudah hampir berada di tangan kita,” kata FAS dalam kenyataan sebelum ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: