April 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Siapa yang tidak kenal dengan Albert Einstein?

Manusia yang dikatakan paling genius pernah dilahirkan di atas muka bumi.

Banyak teori beliau mencetuskan fenomena sejarah dalam dunia sains yang diguna pakai sehingga ke hari ini.

Tetapi tahukah anda cerita disebalik kepintaran beliau?

Einstein dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Jerman sebelum berpindah ke Amerika Syarikat.

Malah ketika zaman kanak-kanak beliau,Einstein tidak sepetah kanak-kanak lain malah beliau gagal bertutur dengan lancar sehingga berusia empat tahun.

Kepintaran Einstein mula dikesan ketika dia mula meningkat usia dan fasih dalam fizik ketika berusia 11 tahun.

Einstein juga diketahui ramai oleh kenalan yang biasa dengannya sebagai individu yang tidak pernah memakai stokin.

Beliau juga pernah gagal dalam peperiksaan ketika berada di bangku sekolah selepas gagal dalam Bahasa dan budaya.

Majalah Time juga pernah melaporkan bahawa Einstein juga mempunyai anak luar nikah bersama Mileva Maric yang tidak pernah didedahkan oleh Einstein kepada umum.

Beliau juga terpaksa menggunakan wang hasil daripada Anugerah Penghargaan Nobel dalam fizik pada 1921 untuk menyelesaikan kes penceraian dengan bekas isterinya.

Einstein juga tidak mempunyai kereta sendiri dan tidak pernah tahu untuk memandu kenderaan.

Mata Einstein kini di simpan di sebuah kotak di ibu kota New York.

Galileo Galilei dalah ilmuan yang paling digemari oleh Einstein.

Eistein juga pernah ditawarkan menjadi Presiden Israel pada tahun 1952 selepas meninggalnya Presiden Israel yang pertama Chaim Weizmann.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: