April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 2016, Zahrul Hilmi Badrul Hisam maut dalam kemalangan di Kilometer 17.8 berhampiran Kampung Kelawat, Jalan Tamparuli-Ranau, petang tadi.

Allahyarham yang juga dikenali sebagai Emy,25, berasal dari Kampung Muhibbah Berungis, Batu 18 di Tuaran itu meninggal dunia di lokasi kemalangan selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit nahas dengan sebuah lori tiga tan di lokasi kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superitendan Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi mengesahkan kemalangan berkenaan dan berkata siasatan menyeluruh masih giat dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian terbabit.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang itu dimana kemalangan ini melibatkan sebuah motorsikal berkuasa tinggi yang ditunggang seorang lelaki berusia 25 tahun dan sebuah lori muatan tiga tan.

“Siasatan awal ditempat kejadian mendapati pemandu lori seorang lelaki berumur 55 tahun memandu dari arah Ranau ke Kota Kinabalu dan setiba di lokasi kemalangan, mangsa yang menunggang mototsikal dari arah Tamparuli ketika melalui satu selekoh menaiki bukit dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan  lori tersebut.

“Akibat daripada itu, penunggang motosikal iaitu (mangsa) telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada kecederaan parah di bahagian kepala dan badan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Untuk rekod, Emy sebelum ini pernah diserap masuk pada minggu ketiga dalam program realiti terbabit selepas menjuarai pertandingan JoHaRockstar.

Namun Allahyarham telah tersingkir pada minggu konsert kelima AF 2016 sebelum dilaporkan bergiat aktif di arena hiburan tempatan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: