April 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



LONDON: Malam tadi merupakan malam yang penuh keganasan di London.

Di Tottenham, seorang gadis berusia 17 tahun ditembak mati pada 9.35 malam waktu tempatan.

Mangsa dijumpai polis dengan luka tembakan di Chalgrove Road berhampiran stesen Northumberland Park.

“Walaupun usaha terbaik diberi oleh pihak Ambulans London, gadis itu disahkan maut di tempat kejadian,” seorang jurucakap Scotland Yard dipetik berkata oleh Evening Standard.

Tidak sampai 30 minit kemudian, polis dimaklumkan tentang satu lagi serangan di Markhouse Road di Walthamstow, timur London yang membabitkan dua mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 15 tahun.

Apabila tiba di lokasi, mereka mendapati remaja 16 tahun itu ditembak manakala seorang lagi ditikam.

Kedua-duanya dikejarkan ke hospital dan dilapor berada dalam keadaan kritikal.

Pihak polis masih tidak dapat mengesahkan jika kedua-dua insiden itu berkait dan tiada tangkapan dibuat sehingga ini.

Sebelum ini, insiden keganasan di London dilaporkan semakin meningkat sejak awal 2018.

Ahad lalu, seorang lelaki berusia 20 tahun menjadi mangsa tikam ke-31 London pada tahun ini. Menurut laporan, mangsa ditikam ketika meninggalkan sebuah bar di Wandsworth dan maut di tepi jalan.

Menurut laporan Sunday Times baru-baru ini, buat pertama kalinya, kadar pembunuhan di London telah mengatasi New York City di Amerika Syarikat.

Pada Februari, London telah menyaksikan lebih banyak pembunuhan daripada New York dengan 15 kematian. Daripada jumlah itu, sembilan mangsa berumur 30 tahun ke bawah.

Laporan itu juga menyatakan London mengalami 22 serangan maut akibat tembakan dan tikaman pada Mac, lebih tinggi daripada 21 kes di NYC. Kedua-dua bandar mempunyai saiz populasi yang sama, sekitar 8.5 juta penduduk.

Kadar pembunuhan di New York City juga telah menurun 87 peratus sejak tahun 1990-an manakala di London, ia meningkat hampir 40 peratus dalam masa tiga tahun, tidak termasuk kematian akibat serangan pengganas.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: