April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BELURAN: Polis hari ini menahan seorang lelaki warga Indonesia yang diburu selepas disyaki membunuh adik ipar dalam satu pergaduhan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Pahu Sungai Lokan, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt V. Sivanathan berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi ketika bersembunyi di Perumahan Pertubuhan Peladang Negeri Sabah Sungai Lokan.

Lelaki itu ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, dalam kejadian semalam, kira-kita jam 4.30 petang, lelaki berkenaan menetak hingga menyebabkan kematian seorang lelaki juga warga Indonesia berusia 40 tahun di rumah pekerja ladang kelapa sawit Kampung Pahu Sungai Lokan.

Katanya, siasatan awal polis mendapati pergaduhan terjadi selepas mangsa yang dipercayai terlibat kegiatan penjualan syabu di kawasan itu telah mencabar dan mengajak abang iparnya itu untuk bergaduh.

Beliau berkata lelaki itu mulanya enggan dan cuba untuk mengelak dari bergaduh tetapi mangsa telah bertindak menikam lehernya menggunakan sebilah pisau.

Sivanathan berkata lelaki itu yang cedera di leher kemudiannya telah mengejar mangsa dengan membawa sebilah parang dan ketika berada di kawasan ladang kelapa sawit dia berjaya mengejar mangsa lalu menetaknya beberapa kali.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan teruk di kedua-dua pergelangan tangan, muka dan kepala, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Beluran akibat mengalami banyak pendarahan.

Beliau berkata parang yang digunakan dalam kejadian itu berjaya ditemui di rumah suspek itu.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: