April 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya bekas Juara AF8, Shahir.

Penyanyi itu dikatakan sedikit sepi sejak akhir tahun lalu selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk teka-teki hubungannya dengan penyanyi dan pelakon, Erra Fazira.

Melalui perkongsian sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagram oleh seorang sahabat Erra, yang juga bekas wartawan hiburan, Intan Zabidin, menunjukkan Shahir berada di sebelah penyanyi itu semasa majlis ulang tahun kelahiran anaknya, Engku Aleesya yang kesembilan.

Turut kelihatan dalam foto berkenaan adalah rakan-rakan rapat Erra.

Shahir sebelum ini terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip termasuk dikatakan ada hubungan cinta dengan seorang pramugari ketika dia masih rapat dengan Erra.

Semasa dia menafikan gosip berkenaan, Erra pada masa sama bertegas untuk tidak mahu campur tangan dalam isu peribadi melibatkan Shahir yang kecoh diperkatakan sejak tahun lalu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: