April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



ADAM Afsar teruja apabila mendapat kerja baharu. Hari pertama bekerja dia mengajak teman karibnya Jason Wilby untuk menemani dan membantunya.

Malangnya kegembiraan dua sahabat itu berakhir sekelip mata, mereka maut dalam nahas jalan raya di lebuh raya M62.

Nahas bukan berpunca kesilapan mereka, sebaliknya kecuaian pemandu lain yang melawan arus sebelum merempuh kenderaan mangsa.

Polis mengesahkan menerima beberapa laporan daripada pengguna lebuh raya berkenaan mengenai sebuah kenderaan yang dipandu melawan arus sekitar jam 2:34 pagi Isnin.

Tidak berapa lama kemudian polis menerima satu lagi panggilan berhubung nahas jalan raya dekat lokasi sama.

Harris Pet Transport, syarikat yang mengambil Adam bekerja berkongsi rasa dukacita di Facebook.

Pemandu kenderaan itu diberkas polis kerana disyaki memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian. Dia terlebih dahulu dibawa ke hospital bagi merawat tangannya yang patah.

Kehilangan Adam amat dirasai ibunya Tish Pearce yang menyifatkan anak sulungya itu sebagai tunjang utama keluarga.

Adam meninggalkan pasangannya Katie, seorang anak perempuan dan lelaki masing-masing berusia 7 dan 11 tahun.

Laporan bedah siasat dijangka dikeluarkan pada Rabu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: