April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



LONDON: Bekas kapten England, Ray Wilkins, meninggal dunia hari ini di Hospital St George, London selepas mengalami serangan jantung sejak Sabtu lalu.

Bekas pemain tengah Chelsea dan Manchester United berusia 61 tahun itu berada dalam keadaan koma sejurus dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung.

Wilkins memiliki 84 caps bersama England antara tahun 1976 dan 1986.

BACA: Former England captain Wilkins dies aged 61

Ketika bersama Chelsea, Manchester United dan Queen’s Park Rangers (QPR) mendiang beraksi lebih 150 perlawanan; selain menyertai AC milan di Itali dan Paris St Germain di Perancis untuk tempoh singkat.

Selepas menamatkan kariernya sebagai pemain bola sepak, Wilkins meneruskan kerjaya selama 20 tahun sebagai jurulatih dengan menguruskan pasukan QPR, Fulham, skuad kebangsaan Jordan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: