April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



IPOH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibubarkan selepas pembubaran Parlimen yang bakal diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, sebaik sahaja pengumuman mengenai pembubaran Parlimen dibuat, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk mengusulkan pembubaran DUN.

“Kalau ada cerita-cerita bahawa akan ada pilihan raya yang lain, negeri lain, Persekutuan lain, dalam konteks negeri Perak, saya fikir tidak berlakukan perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata, pihaknya telah membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa.

“Kita telah membuat persiapan logistik, demikian juga untuk menentukan calon-calon yang akan bertanding, sudah berada di peringkat terakhir dan telahpun dibuat beberapa keputusan yang berkaitan dengannya,” ujarnya.

Beliau memberitahu, setakat ini tidak ada lagi perebutan mana-mana kerusi, sebaliknya lebih kepada proses kemaskini dan mengelak perbincangan yang tidak memberikan impak positif.

“Keputusannya sudah ada dan lebih kepada proses kemaskini. Kita telahpun siap senarai-senarai itu,” katanya sambil menambah, calon-calon yang disenaraikan terdiri daripada mereka yang boleh menang, sekali gus untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, Zambry tidak menafikan kemungkinan senarai itu ditukar sekiranya berlaku perkara-perkara yang diluar jangka yang merupakan suatu proses biasa ketika menghadapi pilihan raya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: