April 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KETUA pasukan hoki negara, Mohamad Sukri Abdul Mutalib, berharap The Malaysian Hockey Tigers mampu mengelak aib Sukan Komanwel Glasgow 2014 berulang kembali di Gold Coast.

Sukri tidak beraksi ketika pasukan negara tewas mengejut kepada Trinidad and Tobago dan menamatkan saingan di tempat ketujuh empat tahun lalu tetapi sebagai pemain, dia bimbang perkara sama mampu berulang.

Biarpun tiada sasaran utama diletakkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), sebagai ketua pasukan, Sukri mahu maruah negara tidak tercemar.

Justeru, kemenangan ke atas pasukan ranking paling rendah dalam kumpulan, Wales adalah wajib selain cuba sedaya-upaya mencuri tiga mata bertemu India, Pakistan dan England.

“Itu yang cuba kami lakukan untuk tahun ini. Kami tidak boleh pandang rendah pasukan seperti Wales, khuatir kisah empat tahun lalu berulang kembali.

“Saya yakin pemain mengambil iktibar daripada 2014. Kami melihat semua pasukan adalah sama hebat dan sama kuat kerana ranking bukan jadi ukuran lagi,” kata Sukri.

Dalam pada itu, pemain tengah, Mohammad Fitri Saari, mahu dendam kekalahan 2-7 di tangan England dalam Piala Sultan Azlan Shah ditebus apabila turun dalam aksi pembukaan pada Jumaat ini.

Tidak termakan psikologi bahawa England adalah badi buat Malaysia, Fitri mahu membuktikan skuad negara mampu memberi saingan dalam temasya kali ini.

“Setiap minit kalau ada peluang, kami perlu sudahkan. Bagi saya, fokus utama kami terarah kepada perlawanan menentang England.

“Kami mahu menebus kembali kerana kami boleh menyangi mereka. Sebelum ini, mereka gunakan peluang, sebaliknya tidak bagi kami. Itu yang kami kurang,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: