April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



RIYADH: Arab Saudi akan membuka pawagam pertamanya dalam tempoh 35 tahun pada 18 April depan.

Pawagam pertama akan beroperasi di ibu negara Riyadh, selepas kerajaan itu mencapai persetujuan dengan syarikat AMC Entertainment Holdings untuk membuka 40 pawagam dalam tempoh lima tahun.

Menurut sumber, pawagam yang dibuka di Arab Saudi tidak akan membuat pengasingan mengikut jantina, seperti mana polisi yang dilaksanakan di beberapa negara Islam lain.

Kali terakhir pawagam beroperasi di Arab Saudi adalah pada 1970-an.

Namun, ia ditutup atas arahan ulama, sejajar dengan peningkatan pengaruh Islam di rantau Asia Barat ketika itu.

Pada 2017, kerajaan mengumumkan akan menarik semula larangan itu, yang merupakan sebahagian daripada reformasi sosial dan ekonomi, seperti yang diperjuangkan Putera Mahkota Mohammed Salman.

Baginda kini giat melakukan misi perdagangan di Amerika Syarikat, bagi melobi pelaburan asing ke negara itu, bagi membantu memperluas sumber ekonomi, dan tidak terhad hanya bergantung kepada hasil minyak.

Warga Arab Saudi disifatkan sebagai penonton tegar filem barat.

Di sebalik larangan pembukaan pawagam, filem Hollywood lazimnya ditonton di rumah.

Pawagam ini akan dibuka di daerah kewangan King Abdullah, di bangunan yang pada asalnya dibina untuk dewan konsert.

Beberapa lagi operator pawagam juga sedia membuka francais mereka di Arab Saudi sekiranya mereka menang bidaan.

Arab Saudi merancang untuk membuka 350 pawagam, dengan 2,500 skrin menjelang 2030, bagi memenuhi kehendak populasinya yang berjumlah 32 juta, dengan majoriti adalah berusia bawah 30 tahun.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: