April 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


TUARAN: Seorang lelaki ditemui rentung selepas disyaki terperangkap di dalam kenderaannya yang terbakar di Jalan Tomis Lokos, Tamparuli-Ranau, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi tadi, mangsa yang identitinya masih di kenalpasti sudah dibawa ke Hospital Tuaran untuk tindakan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi berkata, siasatan menyeluruh kini giat dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian dan pihaknya setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

KEADAAN kereta Myvi milik mangsa yang hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Tomis Lokos, Tamparuli-Ranau, Tuaran pagi tadi.  - Foto Astro AWANI
“Kira-kira jam 7.30 pagi tadi, kita telah menerima panggilan daripada orang awam mengatakan di tempat kejadian terdapat sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terbakar di tepi jalan dan di dalamnya terdapat mayat (mangsa) yang telah rentung terbakar.

“Bertindak atas makluman tersebut, sepasukan polis dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bergegas ke tempat kejadian di mana setibanya di lokasi, kenderaan tersebut telah hangus terbakar dan terdapat mayat mangsa yang telah hangus terbakar di dalamnya,” katanya.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi tadi, mangsa yang identitinya masih di kenalpasti sudah dibawa ke Hospital Tuaran untuk tindakan lanjut. - Foto Astro AWANI
Beliau berkata, mayat lelaki itu sudah dibawa ke Hospital Tuaran untuk proses bedah siasat dan pihak polis sedang menyiasat untuk mengenal pasti motif dan punca kejadian ini.

“Setakat ini siasatan kategori mati mengejut dijalankan.

“Pihak polis menyeru mana-mana individu atau saksi yang mempunyai maklumat dan melihat kejadian ini dapat menghubungi IPD Tuaran di talian 088-791933 untuk membantu siasatan,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: