April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar percaya beliau diperangkap atas motif politik berhubung dakwaan kes penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Isnin.

Rizalman mendakwa, serbuan itu memang khusus disasarkan kepada beliau dan rakan-rakannya memandangkan pasukan polis hanya memeriksa biliknya tanpa membuat pemeriksaan di bilik-bilik lain di premis tersebut.

Beliau turut mempertikai keputusan saringan ujian air kencing yang dikatakan positif, sedangkan mereka tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah.

“Saya mengaku bahawa saya merupakan individu yang ditahan berhubung kes penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara baru-baru ini.

“Tetapi saya menafikan saya terlibat dalam penyalahgunaan dadah seperti yang dilaporkan. Saya yakin ia adalah perangkap ke atas diri saya yang bertujuan merosakkan nama saya,” katanya.

Sehubungan itu, Rizalman menegaskan akan menggunakan segala saluran perundangan yang ada untuk membersihkan nama beliau.

BERITA LANJUT MENYUSUL 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: