April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PUTRAJAYA: Tiga individu direman lima hari mulai hari ini sehingga 8 April bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah melibatkan pemalsuan permohonan pembiayaan bernilai lebih RM150,000.

Majistret Khir Nizam Jemari mengeluarkan perintah tahanan reman berkenaan selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini .

Ketiga-tiga individu yang direman merupakan seorang wanita yang merupakan ketua unit pemasaran dan pembiayaan sebuah bank berusia 30-an dan sepasang suami isteri berusia 37 dan 36 tahun.

Laporan media semalam menyebut, ketua unit pemasaran dan pembiayaan sebuah bank itu ditahan SPRM di sekitar Putrajaya semalam. Turut ditahan pada hari yang sama ialah pasangan suami isteri terbabit.

Menurut laporan media semalam yang memetik sumber SPRM, ketua unit pemasaran dan pembiayaan sebuah bank cawangan Putrajaya itu dipercayai menerima rasuah daripada suami isteri tersebut sebagai balasan selepas membuat perakuan pengesahan majikan palsu bagi meluluskan satu permohonan pembiayaan peribadi tahun lepas.

Siasatan SPRM sebelum ini mendapati pasangan suami isteri itu bertemu pekerja bank berkenaan untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dengan nilai yang besar.

Bagaimanapun, permohonan pasangan suami isteri itu tidak lengkap dan ketiga-tiga suspek berpakat untuk membuat satu pengesahan palsu bagi membolehkan permohonan itu diluluskan.

Suami isteri itu kemudiannya memberikan rasuah kepada pekerja bank tersebut sebagai balasan bagi membuat perakuan pengesahan majikan untuk membolehkan permohonan pembiayaan itu diluluskan.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: