April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



FACEBOOK percaya lebih ramai penggunanya terjejas dengan skandal Cambridge Analytica, berbanding apa yang didedahkan sebelum ini.

Ia memaklumkan data daripada 87 juta pengguna digunakan firma berkenaan, dengan 1.1 juta daripadanya adalah pengguna di United Kingdom (UK).

Sebelum ini, individu yang mendedahkan skandal berkenaan, Christopher Wylie memaklumkan sejumlah 50 juta data pengguna disalahguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg sebelum ini mengumumkan punca masalah itu dikesan selepas melakukan audit dalaman.

BACA: Mark Zuckerberg akui Facebook ‘tersilap’ urus data 50 juta pengguna

Wujud pihak yang menyalahguna fungsi dalam media sosial itu, dan memanipulasi data pengguna seperti nombor telefon dan alamat e-mel.

Skandal Cambridge Analytica menyebabkan Facebook menerima kecaman teruk pengguna dan menyaksikan sahamnya merudum.

Facebook didakwa membenarkan firma Cambridge Analytica menggunakan data jutaan penggunanya.

Firma itu didakwa diberikan akses untuk mendapatkan maklumat mengenai pengundi sewaktu pilihan raya Amerika Syarikat, seterusnya membantu kemenangan presiden Donald Trump pada tahun 2016.

BACA: Apa yang anda perlu tahu tentang kontroversi Facebook dan Cambridge Analytica



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: