April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



ANKARA: Seorang lelaki bersenjata menembak mati empat ahli akademik Universiti Turki pada Khamis yang dipercayai kumpulan yang menyokong seorang ulama Islam yang dituduh kerajaan berada di belakang rampasan kuasa pada 2016.

Rektor Universiti Osmangazi, Hasan Gonen berkata, lelaki bersenjata itu bekerja sebagai penyelidik di institusi itu dan telah menembak mati penolong dekan, setiausaha fakulti, pensyarah dan kakitangan fakulti pendidikan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan telah berjaya diberkas polis di Universiti Osmangazi di bandar Eskisehir dekat ibukota Ankara.

Lapor CNN Turki, lelaki bersenjata itu menyerah dan tidak cuba melarikan diri.

Gonen berkata beliau percaya penyerang itu sedang mencari dekan, yang tidak berada di bangunan ketika itu, ketika memulakan tembakan.

“Penyerang mendakwa bahawa beberapa ahli universiti itu adalah ahli FETO, dan telah membuat tuntutan yang sama (sebelumnya) di mahkamah,” kata Gonen.

Gonen berkata tuntutan lelaki itu disiasat oleh pihak berkuasa sebelum penangkapan dibuat.

Seorang profesor di universiti berkenaan memberitahu media Turki bahawa sesetengah anggota kakitangan telah berulang kali memfailkan aduan mengenai lelaki bersenjata itu.

Gabenor Eskisehir Ozdemir Cakacak berkata pendakwa daerah telah melancarkan siasatan ke atas kejadian itu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: