April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



RAMAI yang terpegun dengan jaringan ‘tendangan basikal’ Cristiano Ronaldo dalam suku akhir Liga Juara Eropah (UCL) pada Rabu.

Jaringan keduanya itu membantu Real Madrid melakar kemenangan  3-0 ke atas juara Serie A, Juventus.

Namun tidak semua yang kagum dengan aksi Ronaldo itu, salah seorang daripadanya sensasi terbaharu LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic.

Dalam wawancara bersama ESPN Sportcenter, Ibrahimovic memuji Ronaldo sebagai ‘mesin gol namun pada masa sama merasakan jaringan oleh pemain kebangsaan Portugal itu tidak terlalu hebat.

Sambil tersenyum dia mencabar Ronaldo untuk melakukan aksi sama dari jarak jauh.

“Gol itu cantik, tapi dia patut cuba dari jarak 40 meter” kata bekas pemain kebangsaan Sweden itu.

Usikan nakal Ibrahimovic itu ibarat jelas merujuk kepada jaringan sulungnya dari jarak sama ketika membantu LA Galaxy menang 4-3 ke atas LAFC pada hujung bulan lalu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: