April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



TBILISI: Sekurang-kurangnya enam pelombong maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan kecil di sebuah lombong arang batu di Tkibuli, yang terletak di barat Georgia pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Siasatan awal mendapati perubahan bentuk pada dinding sebuah terowong di lombong arang batu Mindeli telah menyebabkan bahagian silingnya runtuh.

Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui sama ada lombong itu telah melanggar peraturan keselamatan atau sebaliknya.

Pada 26 Mac, seorang pelombong terbunuh dalam kemalangan kecil di Chiatura, yang terletak di rantau barat, iaitu hanya 50 kilometer dari Tkibuli.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: