April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PETALING JAYA: Seramai 64 orang warga asing berjaya ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu siri operasi serbuan dua pusat hiburan di kawasan Damansara Utama, Petaling Jaya, semalam.

Operasi yang dikenali sebagai Ops Gegar itu menahan warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan juga pekerja premis.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pemeriksaan lanjut mendapati mereka menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial, Pas Isteri Kepada Warganegara, dan juga Pas Pelajar untuk bekerja sebagai GRO.

“Mereka ini terdiri daripada 23 orang wanita warganegara Thailand, 19 wanita warganegara Filipina, sembilan warganegara Vietnam, lima wanita warganegara Indonesia, satu wanita warganegara Turkmenistan dan tujuh lelaki warganegara Bangladesh juga turut ditahan.

“Turut ditahan adalah tiga orang lelaki warganegara Malaysia disyaki sebagai penyelia aktiviti di pusat hiburan berkenaan,” jelasnya menurut kenyataan media.

Beliau juga menjelaskan kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigeresen.

Wang tunai sebanyak RM3,550 juga turut dirampas dalam operasi tersebut kerana disyaki merupakan hasil daripada aktiviti di pusat hiburan berkenaan.

Kesemua tahanan terbabit akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan susulan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran, Akta Imigresen, Akta Pasport dan Peraturan-Peraturan Imigresen.

Operasi berkenaan dijalankan bermula jam 10 malam Rabu dan tamat pada jam 3 pagi Khamis membabitkan 28 orang pegawai imigresen yang terdiri daripada dari Unit Quick Response Team (QRT), Unit Operasi Khas, Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: