April 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BEIJING: Bau pelik daripada dalam periuk sup daging di sebuah restoran di selatan China akhirnya terjawab.

Rupa-rupanya ia adalah angkara seorang lelaki yang membuang hajat di dalam periuk itu.

Perbuatan menjijikkan itu terbongkar 28 Mac lalu selepas pemilik premis berkenaan dikenali sebagai Jiang bertindak memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV).

The Paper melaporkan, tindakan itu dilakukan bapa pesaingnya, Li yang turut membuka restoran mee di premis bersebelahanya di bandar Haikou di wilayah Hainan.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, Jiang kemudian membuat aduan kepada polis dan bapa Li yang melakukan perbuatan itu ditangkap sebelum dibebaskan tidak lama kemudian.

Sampel diambil Pentadbiran Ubat dan Makanan China mendapati sup itu dicemari najis dan air kencing manusia.

Menurut Jiang, tiada berlaku pertengkaran antara mereka malah dia sering memanggil Li sebagai ‘abang’.

Namun, bapa lelaki tersebut bertindak melakukan ‘prank’ itu kerana cemburu berikutan restoran Jiang dikunjungi lebih ramai pelanggan.

“Saya masih menunggu permohonan maaf daripada Li dan keluarganya,” katanya. – Daily Mail



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: