April 24, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membubarkan sementara pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Surayati Ibrahim berkata pembubaran sementara itu adalah dibawah Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 akibat tidak memenuhi syarat.

Bagaimanapun, kata Surayati, PPBM masih boleh membuat rayuan kepada RoS.

“Pihak PPBM boleh kemuka rayuan. Kita akan ambil masa dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan.

“Jika mereka gagal untuk serahkan dokumen dalam tempoh tersebut, pembubaran ini akan dikekalkan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat RoS di sini.

Lima maklumat yang perlu diserahkan kepada RoS oleh PPBM dalam tempoh 30 hari adalah:

1. Alamat berdaftar atau tempat urusan kerana tiada didaftarkan di RoS;

2. Salinan pindaan kepada undang-undang daftar;

3. Salinan senarai jawatan, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, pekerjaan, nama dan alamat majikan serta alamat tempat tinggal semua pemegang jawatan dan penasihat pertubuhan peringkat cawangan, bahagian dan pusat bagi tahun 2016 dan 2017;

4. Minit mesyuarat agung peringkat cawangan, bahagian dan pusat bagi tahun 2016 dan 2017;

5. Salinan penyata penerimaan dan pembayaran serta kunci kira-kira bagi tahun tutup kira-kira.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: