April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA TERENGGANU: “Saya dengan rendah diri memohon semua pihak menghormati ‘privacy’ kami dalam masa kami menghadapi situasi serta suasana semasa kes kami berada di mahkamah syariah. Semoga satu penyelesaian secara terbaik boleh dicapai.”

Demikian komen Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berhubung situasi rumah tangganya bersama artis, Noryn Aziz.

Sebelum itu, pasangan itu dilihat hadir di mahkamah syariah sehingga mengundang pelbagai spekulasi berhubung status perkahwinan mereka.

Menurut beliau, pada asalnya dia tidak berhajat untuk membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan, tetapi bagi menjelaskan keadaan sebenar dan mengelakkan pelbagai spekulasi dan andaian, adalah lebih wajar kenyataan dikeluarkan.

“Bagi menjawab pertanyaan tentang kehadiran kami di mahkamah syariah, setelah saya mempertimbangkan sedalam dalamnya dan berikhtiar cuba menyelesaikan situasi rumah tangga kami, saya telah mengambil keputusan mengemukakan kes perkahwinan kami kepada mahkamah syariah.

“Saya telah memilih untuk merakamkan pendirian tertentu saya dalam situasi yang kami hadapi dan membawa isu berkenaan ke mahkamah syariah untuk sesi majlis sulh. Kes ini telah berada di peringkat sulh yang baru selesai diadakan sesi pertamanya.

“Saya berpendapat, inilah jalan terbaik yang perlu diambil bagi cuba mengatasi isu rumah tangga kami dengan cara yang setertib mungkin. Saya berdoa semoga satu penyelesaian yang baik dapat dicapai dalam isu rumah tangga kami ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang mereka dan anak-anak yang masih kecil.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: