April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR : Sebanyak 52 kerusi Parlimen kekal menjadi milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seperti yang diumumkan Pakatan Harapan sebelum ini, ujar Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.   

Tegasnya, keputusan itu kekal walaupun calon dari parti yang dibubarkan sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu bertanding secara individu mahupun atas logo parti sekutunya.

“Sebanyak 52 kerusi masih milik kami (PPBM). Ia mungkin tidak dipanggil kerusi PPBM, tetapi kerusi yang diwakili kami. Mereka (calon) boleh bertanding sebagai individu atau mereka boleh menggunakan logo (parti lain) yang kami putuskan,” katanya dalam sidang media di bangunan Yayasan Al-Bukhary di sini hari ini.

Pada masa sama, logo parti yang akan diwakili calon berkenaan akan ditentukan PPBM.

“Kami boleh menggunakan apa-apa sahaja logo (parti lain). Sebagai orang awam, kami ada hak. Kalau ada parti yang benarkan kami bertanding di bawah parti mereka, kami sedia berbuat demikian,” ujarnya.

Tun Mahathir pada masa sama bertegas akan bertanding sebagai calon PRU14.

“Saya adalah warganegara Malaysia dan saya ada hak untuk bertanding (PRU14). Begitu juga dengan ahli PPBM lain,” kata bekas Perdana Menteri itu lagi.

Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan agihan 52 kerusi Parlimen kepada PPBM, PKR (51), DAP (35), Amanah (27) pada PRU14.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: