April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



RIO DE JANEIRO: Seorang hakim di Brazil pada Khamis memerintahkan agar bekas presiden yang ingin bertanding semula, Luiz Inacio Lula da Silva, menyerah diri atau berdepan tangkapan.

Sergio Moro mengeluarkan perintah itu beberapa jam selepas Mahkamah Agung Persekutuan menolak permohonan habeas corpus yang bertujuan mengelak Lula menjalani hukuman penjara 12 tahun sehingga proses rayuan beliau selesai.

Moro memerintahkan Lula menyerah diri kepada pihak berkuasa di Curitiba, ibu kota Negeri Parana, sebelum pukul 5 petang waktu tempatan (2000 GMT) pada Jumaat.

Hakim itu berkata satu tempat khas telah disediakan di ibu pejabat polis persekutuan untuk Lula memulakan hukumannya.

“Bekas presiden itu akan diasingkan daripada banduan lain, dan tidak akan berdepan risiko diapa-apakan secara moral atau fizikal,” katanya.

Tahun lepas, Moro mensabitkan Lula atas kesalahan menerima faedah-faedah istimewa daripada sebuah firma pembinaan utama yang memenangi kontrak kerajaan yang menguntungkan dari Petrobras, termasuk penggunaan sebuah apartmen mewah di tepi pantai.

Peguam Lula, Cristiano Zanin, bagaimanapun membantah tarikh akhir yang ditetapkan atas alasan anak guamnya masih boleh memfailkan lagi rayuan kepada Mahkamah Agung Persekutuan dan Mahkamah Agung Keadilan sebelum 10 April.

Lula, yang mendahului dalam pilihan raya presiden meskipun berdepan beberapa kes di mahkamah, menafikan sebarang salah laku dan berkata beliau dianiaya untuk menghalangnya daripada bertanding semula.

Hukuman asal yang dijatuhi ke atas Lula, iaitu penjara sembilan tahun lebih, telah ditambah kepada 12 tahun oleh sebuah mahkamah rayuan pada Januari.

— BERNAMA-NNN-XINHUA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: