April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SEOUL: Seorang juruterbang Korea Selatan terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam nahas jet pejuang terhempas di wilayah tenggara negara itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Khamis.

Jet pejuang F-15K itu, yang berlepas dari pangkalan udara di bandar Daegu dalam wilayah Gyeongsang Utara pada pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan (0430 GMT), terhempas di kawasan pergunungan dalam daerah Chilgok, kira-kira 290 kilometer di tenggara Seoul, kira-kira sejam kemudian.

Nahas berlaku ketika pesawat pejuang itu dalam perjalanan pulang ke pangkalan udara selepas menyelesaikan satu misi. 

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: