April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



JESSE Lingard yakin Manchester United mampu mengatasi Manchester City dan melengahkan pertabalan The Citizens menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad kendalian Pep Guardiola dilihat tidak mampu diatasi dalam saingan EPL musim ini, tewas hanya sekali kepada Liverpool pada Januari – dan berpeluang untuk dinobat sebagai juara di Stadium Etihad, esok.

United, yang masih lagi bersaing dengan Liverpool untuk menghuni tangga kedua, mahu memastikan City perlu menunggu pada aksi seterusnya untuk ditabal sebagai juara.

Lingard meletakkan sasaran beraksi di Piala Dunia bersama England selepas menjaringkan 13 gol dan yakin mampu mengatasi City.

“Kami telah bermain dengan cemerlang sebelum ini, jadi saya tidak melihat mengapa kami mampu melakukannya kali ini,” kata Lingard.

“Pemain-pemain United memerlukan mentaliti yang betul dan kami perlu memberikan tumpuan 100 peratus bagi mendapatkan tiga mata dalam perlawanan ini.

Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu enggan terlalu memikirkan mengenai perlawanan ini.

“Ia hanya satu perlawanan yang sama dan saya yakin United mampu mempamerkan persembahan terbaik.

“Kami perlu bermain dengan keyakinan dan tidak gentar kepada lawan.”



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: