April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PADA tahun lalu sahaja, terdapat lebih 14 juta pemain permainan video di Malaysia dengan 45 peratus daripadanya mempunyai alat kawalan konsol tersendiri, menurut laporan firma penyelidikan industri e-sukan, Newzoo.

Daripada jumlah ini juga, Malaysia mempunyai beberapa pemain konsol yang handal dan profesional terutama dalam permainan video FIFA 18, seperti Nur Amirul Afandi (AmTuah) yang merupakan jaguh Asia Tenggara dan Luqman Haziq (Fenrir) yang layak ke Piala FIFA Ultimate Team (FUT) di Barcelona pada Januari lalu.

Perjalanan AmTuah dan Fenrir dalam arena e-sukan sememangnya tidak mudah. Mereka bermula daripada bawah dan pernah berdepan kekalahan demi kekalahan yang sememangnya ‘mengoyak’ dan menguji kekuatan mental mereka.

Namun, semangat kesukanan dan minat mendalam bola sepak merupakan inspirasi yang ‘menolak’ mereka untuk sentiasa menjadi yang terbaik dan layak digelar jaguh di rantau ini.

Jika anda mahu menjejaki langkah AmTuah dan mahu menguji sejauh mana keupayaan anda dalam permainan video bola sepak, ‘Rah Rah Russia: Kejohanan E-Sukan Vivo’ yang bakal diadakan bulan ini merupakan platform terbaik untuk memulakan karier sebagai pemain profesional e-sukan.

Serlahkan bakat anda menerusi Kejohanan E-sukan Bola Sepak Rah Rah Rah Russia Vivo!

Juara kejohanan ini bukan sahaja akan membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan bernilai RM5,000, pemenang juga akan diterbangkan ke Rusia sempena Piala Dunia 2018 nanti.

Sebelum berentap di Grand Final Kejohanan E-Sukan Vivo, peserta perlu menyertai dan memenangi peringkat pusingan kelayakan yang akan diadakan di beberapa negeri di Malaysia. Berikut adalah lokasi-lokasi pusingan kelayakan:

Pulau Pinang – Sunway Carnival Malls (14 – 15 April) – 2 Finalis

Melaka – Dataran Pahlawan Merdeka Megamall (28 – 29 April) – 2 Finalis

Pahang – Kuantan City Mall (5 – 6 Mei) – 2 Finalis

Lembah Klang – Sunway Pyramid (11 – 12 Mei) – 6 Finalis

Sepanjang pusingan kelayakan ini juga anda boleh alami sendiri keupayaan dan kekuatan telefon pintar VivoV9 tidak perlu diperkenalkan lagi. Jenama telefon pintar dunia ini memperkenalkan kualiti bunyi sempurna dengan produk inovatif dan bergaya untuk golongan muda bagi menarik perhatian pemain e-sukan seluruh dunia. 

Keunggulannya menjadikan jenama ini dipilih sebagai Penaja Rasmi Piala Dunia FIFA dalam menggalakkan golongan muda untuk mempertingkatkan ekspresi diri dan gaya hidup sihat.

V9 dilengkapi dengan Android OS terbaru 8.1 dan dikuasakan oleh pemproses okta Qualcomm Snapdragon 626, 4GB RAM dan 64 ROM.

V9 turut dilengkapi dengan mod kemas kini permainan yang memberikan lebih tumpuan kepada ‘kaki games’ untuk menumpukan perhatian yang diperlukan untuk menyekat semua mesej, panggilan dan makluman semasa permainan.

Anda juga boleh membuat tetapan untuk memaparkan panggilan telefon dari kenalan yang dipilih sahaja.

Paparan bergambar juga disediakan supaya anda tidak perlu keluar dari permainan untuk membalas mesej penting.

V9 dilengkapi dengan Android OS terbaru 8.1 dan dikuasakan oleh pemproses okta Qualcomm Snapdragon 626, 4GB RAM dan 64 ROM.

Jadi, apa tungggu lagi? Jika anda mahu membuktikan anda juga antara yang terbaik di Malaysia, layari www.RRRussia.com.my



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: