April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



GAZA: Sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan warga Palestin terbunuh dalam demonstrasi kedua di dalam tempoh beberapa minggu sepanjang sempadan Gaza pada Jumaat.

Demonstrasi menyaksikan angka kematian warga Palestin yang dibunuh tentera Israel meningkat kepada 28 orang, termasuk 22 penunjuk perasaan.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan seramai 1,070 orang cedera pada Jumaat dan sejumlah 293 mangsa terkena peluru hidup.

25 orang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan yang serius termasuk 12 wanita dan 48 kanak-kanak bawah umur.

Demonstrasi pada Jumaat merupakan perhimpunan kedua seumpamanya yang merupakan sebahagian daripada agenda rakyat Palestin yang telah memulakan Perarakan Kepulangan Besar-besaran selama enam minggu di sepanjang sempadan Gaza-Israel.

Pada masa sama, Israel menuduh kumpulan militan menggunakan protes ini sebagai alasan untuk menyerang sempadan mereka dan memberi amaran akan melakukan sesuatu kepada mereka yang terus ingkar.

Pada Jumaat, beribu-ribu warga Palestin di Khuzaa terus mara menyerbu ke sempadan Gaza-Israel beberapa meter dari kawasan sempadan selepas solat Jumaat.

Tentera rejim bertindak menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata sebagai serang balas.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: