April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PASUKAN Dota 2 Asia Tenggara, Mineski Pro Team (Mineski) mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi yang pertama di rantau ini menjuarai kejohanan Major-Dota 2 Asia yang berlangsung di Pusat Sukan Shanghai Oriental, China pada Sabtu.

Menerusi kemenangan yang diperoleh selepas menewaskan pasukan China LGD Gaming 3-2 pada final itu,  Mineski membawa pulang hadiah wang tunai RM1.43 juta (AS$370,000) dan menerima 750 mata kelayakan ke kejohanan terbesar Dota 2 di dunia, The International 2018.

Mineski Pro kini mempunyai mata keseluruhan 3150 Dota Pro Circuit untuk musim 2017 dan meletakkan mereka di ranking ke-4 selepas Virtus.Pro, Team Liquid dan Team Secret.

BACA: Dota 2: AirAsia sah taja Mineski Pro Team
Jagus Asia Tenggara itu mara ke grand final selepas beraksi cemerlang di pusingan upper bracket dengan menewaskan OpTic Gaming, Vici Gaming dan LGD Gaming.

Mineski terdiri daripada beberapa pemain profesional tanah air termasuk Chai Yee Fung (Mushi) dan Kam Boon Seng (Nana).

Selebihnya daripada Singapura, Thailand dan Filipina iaitu Daryl Koh Pei Xiang (iceiceice), Anucha Jirawong (Jabz) dan Michael Ross Jr (Ninjaboogie).



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: