April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



CHIANG MAI: Pengarang majalah Citylife Chiang Mai pada Jumaat membuat permohonan maaf kepada gabenor wilayah atas tuduhan memuat naik gambar raja purba dengan memakai topeng pencemaran yang dilukis oleh seorang pelajar.

Pengarang majalah gaya hidup berkenaan, Pim Kemasingki, telah memohon maaf terhadap Gabenor Wilayah Chiang Mai, Pavin Chamniprasart secara peribadi, lapor Bangkok Post.

Pim juga menjelaskan ia hanya bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan dan amalan pembakaran ladang.

Kenyataan maaf itu dibuat pengarang terbabit melalui satu surat yang telah ditandatangani oleh gabenor wilayah berkenaan.

“Menyebarkan imej tiga raja memakai topeng pencemaran adalah satu penghinaan dan mengguris hati masyarakat Chiang Mai.

“Ia juga mengeruhkan imej Chiang Mai yang mampu memberi kesan terhadap pelancongan, seterusnya memberi dampak negatif terhadap ekonomi di wilayah Chinag Mai,” akui Pim melalui surat berkenaan.

Pim boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun jika disabitkan kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer kerana menyebarkan maklumat tidak benar dan menggugat keselamatan negara.

Melalui penulisan di dalam majalah itu, pemerintah wilayah berkenaan telah dikritik atas tindakan mereka yang menunjukkan ketidakprihatinan dalam mengatasi isu jerebu bermusim.

Pihak terbabit tidak memberi sebarang respons setelah diminta memberi komen dan turut menyatakan setiausahanya sedang sibuk menghadiri mesyuarat mengenai isu jerebu sepanjang hari pada Isnin lepas.

Kontroversi tersebut juga menyebabkan penerbit majalah berkenaan terpaksa membatalkan penganjuran perarakan antipencemaran seperti yang dirancang pada Jumaat.

Penerbit majalah Citylife Chiang Mai sedang berusaha menjalankan kempen kesedaran mengenai pencemaran udara yang kian menjadi-jadi di wilayah berkenaan disebabkan aktiviti pembakaran terbuka dan pengeluaran asap kenderaan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: