April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SHAH ALAM: Jawatankuasa Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang mewakili 14 NGO Felda dengan 600,000 ahli menyatakan sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presidennya Tan Sri Rozali Ismail berkata walaupun Felda mengalami krisis urus tadbir oleh kepimpinan terdahulu, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjaya menanganinya.

“Walaupun terdapat masalah-masalah pengurusan dalam Felda dan Felda Global Venture (FGV) terutama yang melibatkan kepimpinan atasan seperti bekas Pengerusi Felda yang lalu, namun Najib telah menerima teguran GWGF.

“Beliau juga telah mengubah pimpinan tertinggi Felda. Dan, FGV dan Perdana Menteri telah berjanji akan menambah baik kepimpinan dan urus tadbir korporat Felda dan FGV selepas pilihan raya, demi kesinambungan kemajuan tanah rancangan Felda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas GWGF sempena PRU14 di Wisma Rozali di sini hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: